watak-watak utama detective conan

Ran Mōri (毛利 蘭 Mōri Ran?), merupakan watak utama yang kedua dalam siri anime dan manga Detektif Conan, yang dikenali di Amerika Syarikatsebagai Case Closed. Nama Jepangnya berasal dari nama Edogawa Ranpo dan Maurice Leblanc (Dari Mourisu Ruburan, berdasarkan Aoyama). Ran adalah sahabat sejak kecil Shinichi Kudo, bahkan boleh disebut sebagai kekasihnya. Namun, mereka berdua sama-sama malu mengungkapkan rasa cintanya kepada satu sama lain. Ketika tinggal di rumah Ran, Conan (Shinichi) sering dicurigai oleh Ran, bahawa Conan itu sebenarnya adalah Shinichi yang mengecil setelah meminum ubat buatan Profesor Agasa untuk dapat menjauh darinya, walau selalu setelah mencurigai tu, Ran selalu menarik rasa curiganya. Cita- cita Ran adalah menjadi ahli karate di seluruh Jepun. Ran memiliki sifat yang lembut, namun kadang-kadang juga memiliki sifat keras hati. Dia mudah menangis, apalagi ketika sedang teringat akan Shinichi.

  • Kudou Shinichi (工藤 新一 Kudō Shin'ichi) – Merupakan detektif berusia 17 tahun yang kini menjadi seorang budak dengan bernama Edogawa Conan(江戸川 コナン Edogawa Konan). Tinggal di No.22, Jalan Chiyo, Beika.


  • Mouri Kogorou (毛利 小五郎 Mōri Kogorō) – Bapa Ran, detektif persendirian yang tidak mahir. Dia pernah mengahwini Kisaki Eri, peguam berjaya, dan kini tinggal berasingan kerana sering bertelingkah. Walaupun agak kurang bertanggungjawab, dia amat menjaga anak perempuannya. Dia berkemahiran dalam menembak, pakar seni mempertahankan diri Judo, kuat minum dan peminat setia penyanyi Okino Yoko.
  • Profesor Hiroshi Agasa (阿笠 博士, Agasa Hiroshi, atau Agasa-hakase, yang bermaksud Profesor Agasa) – Seorang professor yang agak cuai yang banyak mencipta alatan yang membantu Shinichi. Ciptaannya sering diketawakan oleh Shinichi. Jiran Shinichi sejak kecil. Dia kini menjaga Haibara yang tinggal bersamanya. Dia sering membawa Pasukan Detektif Muda keluar bermain dan berkhemah maka bertindak sebagai penjaga mereka dalam ekspedisi mereka.
  • Miyano Shiho (宮野志保 Miyano Shiho) atau "Sherry" (シェリー) atau Ai Haibara (灰原哀 Haibara Ai) – Merupakan bekas ahli sindiket jenayah yang mencipta APTX 4869, racun yang mengecilkan Shinichi. Shiho mengkhianati organisasi itu selepas Gin membunuh kakaknya, Akemi Miyano. Shiho mengambil dadah tersebut dengan hasrat membunuh diri tetapi sebaliknya, seprti Shinichi, dia turut menjadi kecil. Dia dijaga oleh Dr. Agasa dan menjadi rakan dan pembantu Conan Edogawa' dengan nama Ai Haibara. Ibu bapanya mati dalam kemalangan sewaktu kecil. Dia kini berusaha memperbaik penawar APTX 4869 agar Conan dapat mendapatkan balik badan sebenarnya.
  • Kojima Genta (小嶋元太 Kojima Genta) – Rakan Ayumi dan Mitsuhiko yang mendakwa dirinya sebagai ketua Pasukan Detektif Muda (Detective Boys, atau 少年探偵 Shōnen Tantei). Dia berbadan besar dan sering mendakwa dirinya betul tetapi turut mementingkan persahabatan. Kuat makan. Ketua kelas 1B di Sekolah Rendah Teitan (bersama Mitsuhiko,Ayumi,Conan dan Haibara).
  • Tsuburaya Mitsuhiko (円谷光彦 Tsuburaya Mitsuhiko) – Rakan Ayumi dan Genta yang minat dengan Ayumi dan Haibara Ai. Pintar dan pandai menggunakan komputer. Dia selalu menunjukkan kefahaman pengetahuan am yang baik kerana banyak membaca buku pengetahuan sains. Ibu bapanya bekerja sebagai guru dan dia mempunyai seorang kakak.
  • Yoshida Ayumi (吉田歩美 Yoshida Ayumi) – Seorang gadis kecil yang menjadi kawan Conan, Genta dan Mitsuhiko, Ayumi merupakan satu-satunya ahli perempuan dalam kumpulan mereka (sebelum kemasukan Ai Haibara). Dia jatuh hati kepada Conan (yang membuatkan Conan tidak selesa kerana dia menyukai Ran). Kuat menangis. Dia orang pertama yang cuba berkawan dengan Haibara ketika Haibara baru memasuki sekolah mereka. Haibara hanya membenarkan Ayumi memanggilnya "Ai-chan" yang lebih mesra daripada panggilan ahli Pasukan Detektif Muda terhadapnya iaitu nama keluarganya, "Haibara".
  • Hattori Heiji (服部 平次 Hattori Heiji) - Anak kepada pegawai polis Osaka bernama Heizo dan seorang detektif seperti Shinichi. Dia kuat bersaing dengan Shinichi untuk membandingkan kehebatan deduksi mereka. Keupayaannya membuat kesimpulan tepat tidak kalah kepada Shinichi tetapi dia selalu bertindak lebih terburu-buru. Kulitnya hitam seperti ayahnya walaupun ibunya berkulit putih. Dia mengetahui identiti sebenar Conan dan sering membantunya menyembunyikan identiti sebenarnya daripada Ran. Dia juga suka kepada Kazuha anak kepada ketua polis di Osaka dan mereka berdua sering bertengkar atas perkara yang kecil. Kazuha juga merupakan cinta pertama Heiji sejak kecil. Heiji juga mahir dalam seni mempertahankan diri Kendo dan kedudukannya dalam pasukan Kendo adalah di tempat kelima.

Tinggi: 182 cm

  • Suzuki Sonoko (鈴木 園子 Suzuki Sonoko)- Kawan baik Ran. Dia anak orang kaya. Walaupun begitu, Sonoko berlagak seperti seorang gadis remaja biasa: minat dengan barang atau permainan baru, suka membeli-belah dengan Ran dan berminat kepada lelaki yang kacak. Teman lelakinya ialah Kyogoku Makoto. Sebelum dia menemui teman lelakinya dia kurang bernasib baik dalam hal cinta.
  • Toyama Kazuha (遠山 和葉 Tōyama Kazuha)-Anak ketua balai polis di Osaka. Dia mencintai Heiji walaupun mereka sering bergaduh dan dia tidak berani meluahkan isi hatinya. Pada mulanya, dia menyangka Shinichi seorang perempuan kerana terlalu cemburu (Heiji sering menceritakan tentang Shinichi kepadanya). Dia seorang ahli Aikido.

[sunting]Pegawai Polis

  • Inspektor Jyuuzo Megure (目暮 十三 Megure Jūzō; Inspektor Megure 目暮警部 Megure-keibu) - Seorang detektif/pegawai polis yang mendedahkan pembayang yang tidak diperasankan oleh Conan dan Kogoro Mouri. Kogoro pernah bekerja di bawahnya 10 tahun yang lalu. Dia jarang menanggalkan topinya kecuali pernah dilihat ketika dia diserang yang mendedahkan parut lamanya. Isterinya bernama Midori (dia hampir mati akibat dilanggar oleh seorang penjenayah yang menyerang pelajar sekolah tinggi berskirt panjang ketika menyamar untuk memerangkap penjenayah itu).
  • Miwako Sato (佐藤 美和子 Satō Miwako) – Pegawai polis muda yang bekerja dengan Megure. Bapanya juga merupakan pegawai polis sebelum dibunuh ketika Sato hanya berusia enam tahun. Rakan lamanya, Matsuda terbunuh dalam satu letupan. Dia merupakan seorang yang tabah, berani, bersemangat dan popular di kalangan polis lelaki dalam unit yang sama. Dia pernah menghadiri 'pertemuan jodoh' dengan Inspektor Shiratori tetapi gagal.
  • Wataru Takagi (高木 ワタル Takagi Wataru) – Seorang lagi pegawai yang bekerja dengan Megure dan terpikat dengan Sato. Dia sering digambarkan sebagai orang yang sering gementar tapi tidaklah tak berguna. Kebolehannya adalah mampu menganalisis suatu situasi dengan cepat dan mengambil keputusan yang cepat apabila semuanya telah diketahui.
  • Shiratori Ninzaburo (白鳥 任三郎 Shiratori Ninzaburō) - Seorang inspektor yang berkaliber. Dia mula-mula ditunjukkan menjadi pesaing kepada Takagi untuk memikat Sato kerana Sato serupa dengan seorang budak perempuan yang dia sukakan dahulu. Kemudian, dia mengetahui bahawa guru kelas Conan, Cikgu Kobayashi, sebenarnya gadis tersebut dan tidak lagi mengganggu hubungan Takagi dengan Sato.
  • Chiba - Seorang pegawai polis yang bekerja dengan Inspektor Megure.
  • Matsumoto Kiyonaga (松本 清長 Matsumoto Kiyonaga) - Pegawai atasan Inspektor Megure. Mukanya yang garang serta parut atas mata kirinya menyebabkannya kelihatan sukar untuk didampingi.
  • Yumi Miyamoto - Seorang polis trafik dan kawan baik Sato. Dia sering menggalakkan perkembangan hubungan Sato dan Takagi.
  • Yokomizo Sango (横溝 参悟 Yokomizo Sango) - Yokomizo Sango pada asalnya ketua inspektor daerah Saitama, walaupun dia dipindahkan ke daerah Shizuoka tidak lama selepas. Walau bagaimanapun, beliau dan berkembar Jugo saudaranya, yang juga seorang inspektor polis dan kekal di Saitama, terus berhubung dan lebih membantu antara satu sama lain dalam kes-kes (dan juga tempatan yang tidak berkaitan) pelbagai. Ketika dahulu, Sango dan Jugo sering bermain dengan kanak-kanak lain berhampiran pantai. Kedua-dua adik-beradik itu sebenarnya takut berenang di lautan, tetapi manakala Jugo akan pergi dekat dengan air, Sango begitu takut bahawa dia tidak pernah meninggalkan bot.Oleh itu, Sango, walaupun sebagai seorang dewasa, tidak tahu bagaimana untuk berenang. Conan sering berjalan ke Yokomizo apabila dia jauh untuk pesta, atau percutian. Ia adalah membayangkan bahawa Sango adalah yang inspektor kepala bandar satu kaya, seperti yang dia sering adalah yang terlibat dalam sesuatu kes di hotel mewah, atau salah satu tempat-tempat percutian Sonoko Suzuki itu, serta rumah saudara-mara beliau. Beliau adalah juga ketua inspektor dalam kebanyakan kes yang melibatkan seorang pelakon yang terkenal atau pelakon, dan pada perayaan-perayaan yang banyak.
  • Yokomizo Jugo (横溝 重悟 Yokomizo Juugo) - Jugo adalah adik Yokomizo Sango, yang juga seseorang inspektor. Kedua-dua telah memulakan kerjaya polis mereka di Saitama, tetapi beberapa lama kemudian Sango dipindahkan ke daerah Shizuoka. Walau bagaimanapun, mereka terus berhubung dan lebih membantu antara satu sama lain dalam kes-kes yang pelbagai (dan juga tempatan yang tidak berkaitan). Semasa kanak-kanak, Sango dan Jugo sering bermain dengan kanak-kanak lain berhampiran pantai. Kedua-dua adik-beradik itu sebenarnya takut berenang di lautan, tetapi manakala Jugo akan pergi dekat dengan air, Sango begitu takut bahawa dia tidak pernah meninggalkan bot. Oleh itu, Sango, walaupun sebagai seorang dewasa, tidak tahu bagaimana untuk berenang.
  • Yamamura Misao (山村 ミサオ Yamamura Misao)- Inspektor muda yang cuai dan kurang berpengalaman dari daerah Gunma, dia amat beria-ia dalam kerjanya tetapi bersikap kebudak-budakan. Dia berkali-kali cuba memfilemkan proses deduksi Kogoro yang tidur tetapi selalu gagal. Sejak Conan membantunya menyelesaikan kes, Yamamura telah menjadi Inspektor.
  • Hattori Heizo- Ketua Inspektor di Osaka
  • Ginzo Nakamori- Nakamori telah telah berurusan untuk menangkap Kid yang sejak dia mula-mula menyertai pasukan polis, tidak tahu bahawa dia telah telah berurusan dengan yang Kaitou Kid yang asal Kuroba Toichi dan Kaitou Kid yang baru dan licik, anak Toichi, Kuroba Kaitou adalah kawan rapat semenjak kecil iaitu Aoko merupakan anak perempuannya. Nakamori digunakan untuk menjadi inspektor polis homocide, tetapi memberikan yang memberi tumpuan masa yang lebih pada Kid tetapi gagal menangkapnya.
  • Matsuda Jinpei - Seorang polis yang bertugas di seksyen Megure buat setempoh. Dia dibunuh ketika cuba menghalang seorang pengebom gila.

[sunting]FBI

  • James Black (Ketua FBI untuk operasi menangkap Kumpulan Berbaju Hitam) - Menurut ke akaun sendiri James Black, beliau dilahirkan di London, England, di daerah Marylebone Westchester City (daerah yang sama di mana asal Baker Street terletak), sebelum beliau berpindah ke Chicago, membesar sebagai seorang warganegara Amerika. Conan tidak bertemu dengan Black lagi sehingga dia bertemu dengan Jodie Starling sekali lagi pada masa yang sama cuba untuk menyelamatkan seorang ahli politik yang popular dari percubaan pembunuhan oleh Organisasi Hitam. Pada masa ini bahawa kesetiaan Black dengan FBI telah diturunkan; Black adalah sebenarnya yang ketua operasi memburu yang bagi Pertubuhan di Jepun, dan Semenjak nubuatan ini, dia dan rakan-rakannya telah bekerja rapat dengan Conan bila-bila masa mereka sebab yang biasa akan membawa mereka bersama-sama.
  • Akai Shuichi (Diberi kod nama Rye dalam organisasi berbaju hitam)
  • Jodie Starling - Kira-kira dua puluh tahun yang lalu, apabila Jodie masih hanya seorang gadis kecil, vermouth membunuh ibu bapanya, yang telah bekerja di Pertubuhan Hitam untuk FBI. Vermouth terkejut apabila mendapati beliau di rumahnya, dan selepas Jodie telah bertanya apa yang berlaku, vermouth memberitahunya menunggu oleh bapanya sehingga dia terjaga, dan bahawa "rahsia membuat seorang wanita wanita". Beliau kemudiannya menetapkan rumah dibakar, sekali gus memusnahkan apa-apa keterangan bahawa dia telah berada di sana, bersama-sama dengan mayat-mayat daripada ibu bapa Jodie dan mana-mana rekod tentang Organisasi Hitam. Mujurlah, Jodie telah memutuskan untuk berjalan jalan ke kedai untuk membeli ayahnya beberapa jus oren, dan telah dengan itu terselamat. Dia diletakkan di bawah perlindungan oleh FBI, walaupun dia menolak Program Perlindungan Saksi, dan akhirnya menjadi ejen FBI sendiri di bawah bimbingan dan naungan James Black. The kenang-kenangan dari masa lalu beliau yang hanya baki set gelas memakai beliau, yang pada asalnya kepunyaan ayahnya

[sunting]Organisasi Hitam

(黒の組織 "Kuro no Soshiki" 'Organisasi Hitam')

  • Gin-Seorang ahli organisasi yang berpangkat. Gin seorang yang pintar dan tangkas membuat kan dia sukar ditangkap. Dia juga seorang pembunuh yang kejam dan tidak pernah mengingati muka orang yang dia telah bunuh.
  • Vodka-Orang bawahan Gin yang memangilnya "Abang" atau "boss".
  • Vermouth-perempuan yang gemar menunggang motor
  • Chianti
  • Kir
  • Korn
  • Bourbon- adalah anggota Organisasi Hitam dalam manga dan anime Detektif Conan. Beliau adalah operatif yang dihantar baru-baru ini yang pakar dalam potongan dan pengumpulan risikan. Dia membenci Shuichi Akai dan sebab-sebab tertentu tidak diketahui. Identiti Bourbon belum diketahui lagi walaupun ramai peminat percaya dia sama ada Subaru Okiya atau Akai Berparut.
  • Tequila
  • Pisco

[sunting]Orang Yang Mengetahui Identiti Sebenar Conan

  • Agasa Hiroshi - Orang pertama yang diberitahu identiti sebenar Conan.
  • Irish - Anggota Organisasi Hitam, Watak dalam Movie 13 sahaja. Dibunuh oleh Chianti.
  • Kudo Yusaku - Ayah Shinichi dan seorang penulis novel misteri. Profesor Agasa memberitahu ibu bapa Shinichi tentang masalah yang dihadapinya. Mereka kini tinggal di Amerika Syarikat.
  • Kudo Yukiko - Ibu Shinichi dan seorang bekas pelakon terkenal di Jepun.
  • Hattori Heiji - Rahsia Conan dibongkar ketika cuba menggunakan Heiji untuk menyelesaikan satu kes.
  • Haibara Ai -Merupakan salah seorang ahli Kumpulan Berpakaian Hitam,memberontak kerana Gin membunuh kakaknya Ai Haibara, kini tinggal di rumah Profesor Agasa.
  • Miyano Akemi - Diberitahu identiti sebenar Conan sebelum meninggal dunia.
  • Vermouth - Tidak memberitahu identiti sebenar Conan kepada ketuanya, walaupun tujuan sebenarnya belum dipastikan lagi.
  • Hondou Eisuke- Dahulunya ialah rakan sekelas Mouri Ran sekarang bertugas sebagai Ahli CIA
  • Kaitou KID- Seorang pencuri yang licik yang digelari sebagai KID The Phantom Thief